Posts

Showing posts from March, 2018

KLINIK PILIHAN IBU DAN ANAK

Image
"Klinik Salsabila" adalah lambang kasih sayang Mommy dan Abah terhadap Hannan Bella. Ianya bermula dengan impian kecil Mommy yang inginkan masa berharga kita bersama. Impian seorang isteri yang ingin bersama sama suami mencapai impian. Ianya lebih kepada rindukan masa berharga bersama sama. Klinik Salsabila akan jadi tempat paling selesa untuk Ibu dan Anak. Ruang dalam dihiasi dengan warna putih dan krim, persis english concept. Syiling kapur dengan cahaya putih dan oren menghiasi dinding serba putih. Bauan lovely lace semerbak, nyaman buat ibu dan anak kecil yang datang. Satu sudut khas tempat bermain untuk anak kecil yang datang, tanda meraikan kedatangan anak anak syurga ini. Doktor muslimah akan menyambut kedatangan ibu dan anak. Mommy faham, semua Ibu lebih mesra dengan doktor muslimah. Banyak cerita boleh dikongsi tanpa segan. Mommy harap senyuman mesra dari Mommy di kaunter pendaftaran akan mengurangkan sakit ibu dan anak ini sebelum masuk berjumpa doktor. Ahhh, Momm

KLINIK SALSABILA (PART 4)

Mommy masih teringat sewaktu kita mencari cari tapak untuk klinik. Ada dua pilihan, samada di Losong atau Manir. Kiki, Nenek, Abah, Mommy, Hannan dan Bella keluar pagi tu dengan satu harapan. Dalam hati, Mommy berdoa semoga "bangunan di Manir" itu masih kosong tanpa penghuni. Mommy sangat berkenan dengan bangunan tu. Warna putih dihiasi pintu cermin. Bangunan dua tingkat yang tampak masih baru. Ruang parking yang luas dan bersebelahan dengan Farmasi Manir. Pada pagi Sabtu, kawasan tersebut akan dibanjiri orang ramai yang datang ke Pasar. Peniaga akan memenuhi ruang Pasar sehingga ke pinggir Jalan. Sebaik sahaja sampai, Kiki memberhentikan kereta di depan kedai Perabot Manir. Dari dalam kereta, jelas kelihatan bangunan putih tersebut. Kiki dan Abah turun dari kereta dan masuk ke kedai perabot. Setelah perbincangan pendek, Kiki dan Abah diajak berjumpa tuan punya bangunan putih. Mommy dan Nenek sudah tidak senang duduk. Kita pun keluar dari kereta dan turut bersama Kiki dan

KLINIK SALSABILA (PART 3)

Image
Salah satu visi Mommy pada tahun 2018 adalah, Abah berhenti kerja di klinik Anda. Mommy tulis besar besar, print dan tampal di dinding berdekatan pintu masuk bilik tidur. Kerja siang malam yang pada Mommy sangat2 memenatkan. Namun Mommy redha dengan ketentuan Ilahi. Kerja disitu telah membuka satu peluang yang lain kepada keluarga kita. Segala ketentuan Allah terkandung seribu hikmah. Namun, kita perlu berusaha untuk mengecapi kejayaan di dunia dan akhirat. Mommy harap Hannan Bella faham suatu hari nanti. Bermula dengan hasrat Mommy luahkan pada Abah, seterusnya Mommy ceritakan pada Ayah Ngoh. Keesokan harinya, Hannan Bella ikut Mommy dan Abah pulang ke Terengganu. Kepulangan kali ni ada tujuan tertentu. Mommy ingin dapatkan pandangan Nenek dan Kiki. Mommy perlukan keberkatan dari mereka. Nenek seperti biasa bagi pandangan penuh kasih sayang. Pandangan seorang ibu untuk kebahagiaan anaknya.Malam tu, Mommy tak dapat lelapkan mata. Terbayang kata kata Nenek tadi. Mommy rasa ini adala

KLINIK SALSABILA (PART 2)

Image
Allah kurniakan rezeki melalui perniagaan emas kepada keluarga kita. Mommy namakan "Bijoux" yang bermaksud barang kemas. Abah banyak membantu Mommy menguruskan Bijoux walaupun sibuk di klinik. Selain Abah, Bijoux juga terdiri daripada Ayah Ngoh dan Uncle Hafiz. Kami sama sama bangunkan Bijoux. Dalam waktu ni, Mommy masih memikirkan hala tuju keluarga kita. Seperti biasa, Hannan Bella jadi keutamaan Mommy. Mommy memikirkan sudah tiba masanya Mommy dan Abah menguruskan perniagaan secara lebih serius. Bijoux makin dikenali dan mendapat sambutan.  Namun ada sesuatu bermain diminda Mommy. Seperti mana Mommy bawa Abah ke dunia perniagaan emas, Mommy masih meraikan minat Abah dalam bidang perubatan. Abah punya satu impian, iaitu punya klinik sendiri. "Ya Allah, Kau kurniakan aku dua pilihan sebagai sumber rezeki keluarga ku, bantulah aku dalam membuat pilihan". Mommy menangis di tikar sejadah. Menangis tanda syukur kerana terlalu banyak pertolongan Allah walaupun j

KLINIK SALSABILA (PART 1)

Image
Hannan Bella selalu jadi keutamaan Mommy dan Abah. Pada November 2016, kita berpindah dari Terengganu ke Bangi. Abah resigned sebagai doktor di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan memulakan Klinik di sini bersama rakan rakan. Mommy memilih untuk meninggalkan seketika dunia sebagai pelajar Master dan ikut menetap di Bangi bersama sama abah. Keputusan yang agak berat memandangkan Master mommy sudah diperingkat akhir. Namun jika diberi pilihan antara "Pengajian vs Keluarga", mommy memilih keluarga kita walaupun terpaksa lupakan seketika untuk Grad On Time (GOT). Impian Mommy pada waktu itu. Abah bekerja siang dan malam di Klinik Anda 24 jam. Jadual kerja abah agak padat. Namun, abah akan bawa Hannan Bella jalan jalan bila ada masa terluang. Walaupun balik kerja jam 11 malam, abah akan angkat Hannan Bella masuk kereta dan jalan jalan ke Putrajaya. Kita akan tengok lampu malam yang pelbagai warna. Perasaan waktu tu amat mendamaikan. Keesokan harinya, abah akan sibuk s

Pemula langkah

Image
Bismillahirrahmanirrahim..  "Start with the end in mind" Blog ni Aina tujukan khas buat Hannan Bella, puteri puteri kesayangan mommy. Suatu hari nanti, Hannan Bella boleh baca perjalanan hidup keluarga kecil kita.  Pengalaman hidup yang mendewasakan mommy.  Hannan Bella adalah anugerah terindah dalam hidup mommy.  I wake up every single morning thinking about your future. Waktu ni, Hannan Bella banyak travel dari KL ke Terengganu. Lagu "Pemula Langkah" dari Hannan Bella selalu je jadi hiburan mommy dan abah dalam kereta. Dengarkan lagu ni I hope you will fly high and stay humble. xoxo