KLINIK SALSABILA (PART 1)



Hannan Bella selalu jadi keutamaan Mommy dan Abah.

Pada November 2016, kita berpindah dari Terengganu ke Bangi. Abah resigned sebagai doktor di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan memulakan Klinik di sini bersama rakan rakan.

Mommy memilih untuk meninggalkan seketika dunia sebagai pelajar Master dan ikut menetap di Bangi bersama sama abah. Keputusan yang agak berat memandangkan Master mommy sudah diperingkat akhir. Namun jika diberi pilihan antara "Pengajian vs Keluarga", mommy memilih keluarga kita walaupun terpaksa lupakan seketika untuk Grad On Time (GOT). Impian Mommy pada waktu itu.

Abah bekerja siang dan malam di Klinik Anda 24 jam. Jadual kerja abah agak padat. Namun, abah akan bawa Hannan Bella jalan jalan bila ada masa terluang. Walaupun balik kerja jam 11 malam, abah akan angkat Hannan Bella masuk kereta dan jalan jalan ke Putrajaya. Kita akan tengok lampu malam yang pelbagai warna. Perasaan waktu tu amat mendamaikan. Keesokan harinya, abah akan sibuk seperti biasa.

Mommy masih dirumah menguruskan keluarga kita. Bangun awal pagi, siapkan makanan dan baju untuk Hannan Bella dan Abah. Setiap saat, Mommy berdoa moga kesibukan harian tidak berpanjangan dan kita boleh meluangkan lebih masa bersama sama.Abah.Mommy.Hannan.Bella.

Berada di Bangi membawa pengalaman baru buat Mommy. Hikmah yang Allah aturkan untuk Mommy dan Abah. Mommy berpeluang hadir ke kelas kelas bisnes. Kalau sebelum ni Mommy hanya dengar di facebook, kini Mommy berpeluang bersemuka dengan Guru guru hebat dalam bisnes. Ada kalanya Hannan Bella ikut Mommy pergi kelas Prof Muhaya untuk dengar pengisian ilmu dari beliau. Bila Abah ada masa lapang, kita habiskan waktu malam di Masjid Hasanah. Masjid paling digemari Hannan Bella sebab ada mainan sekitar masjid.

Setelah hampir dua tahun di Bangi, Allah datangkan rezeki yang tidak disangka sangka. Kita akan pulang ke Terengganu untuk memulakan Klinik Abah sendiri. Kami namakan "KLINIK SALSABILA".

Ceritanya bermula begini.

Suatu malam, Mommy lakarkan vision board 2018 pada satu kertas. Salah satu impian Mommy adalah Abah berhenti kerja di Klinik Anda 24 jam. Seperti dua tahun yang lepas, Mommy fikirkan yang terbaik demi keluarga kita, terutamanya Hannan dan Bella. Mommy nak kita luangkan lebih masa bersama sama. Tiada lagi "oncall" di klinik.

Setiap malam, Mommy mengadu di tikar sejadah. Ketika tu, Mommy mengharapkan Allah tunjukkan jalan walopun Mommy sendiri belum nampak caranya. Tapi Mommy yakin, Allah Maha Mengetahui. Mommy mengharapkan Allah kurniakan rezeki yang tidak disangka penuh barakah.

Hanya Allah tempat mengadu segalaNya.

To be continued...


Comments

Popular posts from this blog

KLINIK SALSABILA (PART 3)

Pemula langkah

KLINIK PILIHAN IBU DAN ANAK