KLINIK PILIHAN IBU DAN ANAK

"Klinik Salsabila" adalah lambang kasih sayang Mommy dan Abah terhadap Hannan Bella. Ianya bermula dengan impian kecil Mommy yang inginkan masa berharga kita bersama. Impian seorang isteri yang ingin bersama sama suami mencapai impian. Ianya lebih kepada rindukan masa berharga bersama sama.

Klinik Salsabila akan jadi tempat paling selesa untuk Ibu dan Anak. Ruang dalam dihiasi dengan warna putih dan krim, persis english concept. Syiling kapur dengan cahaya putih dan oren menghiasi dinding serba putih. Bauan lovely lace semerbak, nyaman buat ibu dan anak kecil yang datang. Satu sudut khas tempat bermain untuk anak kecil yang datang, tanda meraikan kedatangan anak anak syurga ini. Doktor muslimah akan menyambut kedatangan ibu dan anak. Mommy faham, semua Ibu lebih mesra dengan doktor muslimah. Banyak cerita boleh dikongsi tanpa segan. Mommy harap senyuman mesra dari Mommy di kaunter pendaftaran akan mengurangkan sakit ibu dan anak ini sebelum masuk berjumpa doktor. Ahhh, Mommy terlalu inginkan suasana begini untuk Hannan Bella. Kini, kita akan berkongsi rasa bersama lebih ramai Ibu dan Anak.

Abah akan fokus pada "chronic disease" seperti kencing manis dan darah tinggi. Bukan setakat bagi ubat untuk pesakit, tetapi Abah akan follow up situasi mereka setiap masa. Kad follow up akan diberi untuk memudahkan pesakit Abah merujuk tarikh temu janji. Abah selalu ingatkan Mommy, pesakit yang datang adalah peringatan buat kita yang masih sihat. Lihat mereka dengan penuh simpati dan ingatlah bahawa sakit adalah dari Allah.Sihat juga dari Allah. Usaha bersungguh sungguh untuk menyembuhkan mereka, selebihnya bertawakal kepada Allah Yang Maha Memberi Penyembuhan. Sakit juga adalah tanda kasih sayang Allah pada kita, diampunkan dosa dosa atas kesakitan yang kita tanggung. Allahhh, mudah untuk menyebutnya, namun Mommy tahu betapa kuat keazaman untuk redha dengan kesakitan yang ditanggung. Moga Allah bagi kita kekuatan untuk menghadapinya.

Mommy juga membayangkan klinik Salsabila akan jadi tempat Mommy dan Ibu ibu yang lain menuntut ilmu. Pada hujung minggu, Mommy akan menjemput penceramah untuk berkongsi ilmu dengan para muslimah. Mommy fokus hanya pada muslimah kerana Mommy tahu betapa banyak tanggungjawab wanita kini. Bekerja, melahirkan anak, menyusu anak, membasuh baju, memasak...bla..bla..bla..urusan yang tidak pernah ada noktahnya. Mommy membayangkan majlis santai, penuh dengan perkongsian rasa dari hati wanita. Untuk para Ayah, mungkin boleh berkongsi tentang penyakit chronic bersama Abah.hehe.


Warna putih feveret Mommy


Mommy sedang berangan...

Comments

  1. semoga blog ini menjadi ruang penceritaan yang menyimpan 1001 kenangan apabila Hannan Bella meningkat usia... teruskan anakanda Aina. Tahniah. Mak akan menjadi tetamu yang setia singgah di sini...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KLINIK SALSABILA (PART 3)

Pemula langkah