KLINIK SALSABILA (PART 3)

Salah satu visi Mommy pada tahun 2018 adalah, Abah berhenti kerja di klinik Anda. Mommy tulis besar besar, print dan tampal di dinding berdekatan pintu masuk bilik tidur. Kerja siang malam yang pada Mommy sangat2 memenatkan. Namun Mommy redha dengan ketentuan Ilahi. Kerja disitu telah membuka satu peluang yang lain kepada keluarga kita. Segala ketentuan Allah terkandung seribu hikmah. Namun, kita perlu berusaha untuk mengecapi kejayaan di dunia dan akhirat. Mommy harap Hannan Bella faham suatu hari nanti.

Bermula dengan hasrat Mommy luahkan pada Abah, seterusnya Mommy ceritakan pada Ayah Ngoh. Keesokan harinya, Hannan Bella ikut Mommy dan Abah pulang ke Terengganu. Kepulangan kali ni ada tujuan tertentu. Mommy ingin dapatkan pandangan Nenek dan Kiki. Mommy perlukan keberkatan dari mereka.

Nenek seperti biasa bagi pandangan penuh kasih sayang. Pandangan seorang ibu untuk kebahagiaan anaknya.Malam tu, Mommy tak dapat lelapkan mata. Terbayang kata kata Nenek tadi. Mommy rasa ini adalah peluang terbaik untuk Mommy berbakti pada Nenek dan Kiki. Ini nikmat terbesar dari Allah. Kita akan balik ke Terengganu, tinggal bersama Nenek dan Kiki. Abah akan buka klinik di Terengganu. Itu keputusan muktamad Mommy dan Abah. Keesokan harinya, kita balik ke Kuala Lumpur dengan hati yang tenang.

Maka bermulalah pencarian tempat untuk memulakan klinik. Klinik ni akan jadi tempat Mommy dan Abah berbakti pada orang kampung. Klinik ni akan jadi tempat orang kampung mendapatkan ilmu tentang kesihatan. Klinik ni juga akan jadi tempat bermain Hannan Bella. Tempat kita berkumpul. Mommy rasakan doa Mommy didengar oleh Allah. Subhanallah, tidak terungkap dengan kata kata betapa Mommy sebak dengan perjalanan ini. Doa yang Mommy titipkan beberapa tahun yang lalu akhirnya diperkenankan Allah. Hannan Bella, berdoalah dengan bersungguh sungguh kerana Allah itu Maha Mendengar permintaan hambaNya. Allah suka hambaNya yang meminta minta.

Bersambung...


Comments

Popular posts from this blog

Pemula langkah

KLINIK PILIHAN IBU DAN ANAK