Posts

Showing posts from April, 2018

PERSEDIAAN UNTUK KLINIK

Image
Memulakan sebuah klinik tak sama dengan buka premis kedai emas. Ada banyak pantang larang yang mesti dipatuhi sebelum disahkan selamat oleh pihak UKAPS. Setelah mendapat tapak yang sesuai untuk klinik, Abah pun bersiap sedia dengan proses documentation. Ada beberapa document yang perlu diisi dan disahkan. Senarai document yang diperlukan boleh dirujuk dan diprint di  Klik sini  .  Senarai semak dokumen permohonan pendaftaran ini perlu dipastikan lengkap supaya permohonan diterima. Kalau tak lengkap, lambat pulak proses yang seterusnya. Antara yang wajib ada adalah : 1. Borang A 2. Fi pemprosesan 3. salinan IC 4. Akuan berkanun 5. Salinan ijazah perubatan 6. Salinan perakuan pendaftaran penuh 7. Salinan perakuan Amalan Tahunan (APC) 8. Penyata kewangan penubuhan klinik 9. Pelan lantai 10. CF bangunan 11. Perjanjian Pembuangan sisa klinikal. Malam tu sambil minum kopi panas, Mommy tulis semua yang diperlukan. Borang A wajib diisi oleh Doktor. Jadi Abah pun is

PERTEMUAN PERTAMA

Image
Maka bermulalah episod baru untuk membuka sebuah klinik.  Selain pandangan Kiki, Nenek dan AyahNgoh, Abah juga menuntut ilmu dari sahabat Doktor senior, Dr Arif dan Dr Haizi. Mereka berdua adalah suami isteri yang telah 10 tahun membuka klinik sendiri di Marang, Terengganu. Mommy dan Abah mesra memanggil mereka dengan panggilan Abang Ariff dan Kak Zie.  Sebelum ni, Mommy sudah beberapa kali ke rumah Kak Zie. Kami berusrah di petang Jumaat. Layanan mesra Abang Ariff dan Kak Zie menyebabkan mereka berdua senang didekati. MasyaAllah, pengalaman mereka sangat sangat berharga buat Mommy dan Abah. Bermula dari cari team, sehinggalah kepada perkhidmatan dan ubat ubatan. Ilmu yang tiada dalam mana mana buku.  Seminggu selepas pertemuan pertama, Mommy dan Abah ke klinik Abang Ariff dan Kak Zie. Mommy sudah bersedia menyelami selok belok sistem klinik. Banyak aspek yang perlu Mommy pelajari. Antaranya adalah pengurusan syarikat, ubat ubatan dan system pendaftaran pesakit. Fuhhh, berpe