KLINIK SALSABILA (PART 4)

Mommy masih teringat sewaktu kita mencari cari tapak untuk klinik. Ada dua pilihan, samada di Losong atau Manir. Kiki, Nenek, Abah, Mommy, Hannan dan Bella keluar pagi tu dengan satu harapan. Dalam hati, Mommy berdoa semoga "bangunan di Manir" itu masih kosong tanpa penghuni.

Mommy sangat berkenan dengan bangunan tu. Warna putih dihiasi pintu cermin. Bangunan dua tingkat yang tampak masih baru. Ruang parking yang luas dan bersebelahan dengan Farmasi Manir. Pada pagi Sabtu, kawasan tersebut akan dibanjiri orang ramai yang datang ke Pasar. Peniaga akan memenuhi ruang Pasar sehingga ke pinggir Jalan.

Sebaik sahaja sampai, Kiki memberhentikan kereta di depan kedai Perabot Manir. Dari dalam kereta, jelas kelihatan bangunan putih tersebut. Kiki dan Abah turun dari kereta dan masuk ke kedai perabot. Setelah perbincangan pendek, Kiki dan Abah diajak berjumpa tuan punya bangunan putih. Mommy dan Nenek sudah tidak senang duduk. Kita pun keluar dari kereta dan turut bersama Kiki dan Abah berjumpa tuan punya bangunan putih.

Mommy lihat sekeliling. Ruang yang sangat luas dihiasi lantai berwarna koko. Disetiap penjuru  tersedia pendingin hawa. Ada satu meja kaunter dan beberapa biji kerusi. Tuan punya bangunan sangat mesra dan baik. Beliau seorang cikgu yang telah pencen beberapa tahun yang lalu. Perbincangan sangat mudah. Dengan izin Allah, bangunan putih menjadi tapak "KLINIK SALSABILA".

Mommy tidak putus putus mengucapkan syukur. Tidak sangka semudah itu rezeki dari Allah. Berkat doa Nenek dan Kiki untuk Hannan Bella. Terpancar wajah gembira Nenek dan Kiki.  Hannan Bella akan setia menjadi peneman Nenek dan Kiki di kampung. Hannan Bella akan menemani Mommy dan Abah di klinik nanti. Kita akan menghabiskan masa bersama sama disitu. Allah, Kau Maha Mendengar rintihan ku.



Comments

Popular posts from this blog

KLINIK SALSABILA (PART 3)

Pemula langkah

KLINIK PILIHAN IBU DAN ANAK