KLINIK SALSABILA (PART 2)

Allah kurniakan rezeki melalui perniagaan emas kepada keluarga kita. Mommy namakan "Bijoux" yang bermaksud barang kemas. Abah banyak membantu Mommy menguruskan Bijoux walaupun sibuk di klinik. Selain Abah, Bijoux juga terdiri daripada Ayah Ngoh dan Uncle Hafiz. Kami sama sama bangunkan Bijoux.

Dalam waktu ni, Mommy masih memikirkan hala tuju keluarga kita. Seperti biasa, Hannan Bella jadi keutamaan Mommy. Mommy memikirkan sudah tiba masanya Mommy dan Abah menguruskan perniagaan secara lebih serius. Bijoux makin dikenali dan mendapat sambutan. 

Namun ada sesuatu bermain diminda Mommy. Seperti mana Mommy bawa Abah ke dunia perniagaan emas, Mommy masih meraikan minat Abah dalam bidang perubatan. Abah punya satu impian, iaitu punya klinik sendiri. "Ya Allah, Kau kurniakan aku dua pilihan sebagai sumber rezeki keluarga ku, bantulah aku dalam membuat pilihan". Mommy menangis di tikar sejadah. Menangis tanda syukur kerana terlalu banyak pertolongan Allah walaupun jauh dari niat asal Mommy iaitu menyambung pengajian.

Di saat Hannan Bella lena diulit mimpi, perlahan lahan Mommy bangun dari baringan. Ambil wudhuk dan solat istikharah. "Ya Allah, bantulah aku membuat pilihan. Jika kedai emas adalah yang terbaik, Kau bantulah aku. Namun jika klinik adalah pilihan terbaik, maka Kau tunjukkanlah jalan."

Beberapa malam Mommy solat istikharah. Memohon petunjuk dari Nya. "Ya Allah, janganlah Kau biarkan aku membuat keputusan sendiri atas urusanku walaupun sekelip mata". Kadang kala, Mommy termenung sendiri. Fikiran Mommy jauh membayangkan masa depan Hannan Bella. Mommy sentiasa membayangkan Hannan Bella seronok bermain salji di tempat orang. Kita meluangkan masa bersama sama. Di malam hari, Hannan Bella lena mendengar "bedtime story" dari Abah. Dan sesekali, Abah ajar Hannan Bella mengaji Al Quran. Abah pula bebas menghadiri majlis majlis ilmu di masjid. Tidak lagi terikat dengan oncall sepanjang masa yang kadang kala Hannan Bella turut angkut bantal dan selimut, demi harapkan pelukan Abah waktu tidur. Bukan Mommy lelah dengan urusan rumah kita, tapi Mommy inginkan satu kepastian tentang masa depan keluarga kita. Mommy tahu, usaha yang kecil akan menghasilkan kejayaan dikemudian hari. Apa yang berlaku hari ini adalah persediaan untuk kehidupan kita dikemudian hari. Mommy bersyukur atas segalanya. 

Suatu hari, Mommy lakarkan vision board 2018 di satu kertas. Ianya adalah impian yang terbuku dihati. Impian seorang suri rumah yang ingin capai sesuatu dalam hidup. Ianya demi keluarga yang tersayang. Ianya demi Hannan dan Bella..

Bersambung...






Comments

Popular posts from this blog

KLINIK SALSABILA (PART 3)

Pemula langkah

KLINIK PILIHAN IBU DAN ANAK