PERTEMUAN PERTAMA

Maka bermulalah episod baru untuk membuka sebuah klinik. 

Selain pandangan Kiki, Nenek dan AyahNgoh, Abah juga menuntut ilmu dari sahabat Doktor senior, Dr Arif dan Dr Haizi. Mereka berdua adalah suami isteri yang telah 10 tahun membuka klinik sendiri di Marang, Terengganu. Mommy dan Abah mesra memanggil mereka dengan panggilan Abang Ariff dan Kak Zie. 

Sebelum ni, Mommy sudah beberapa kali ke rumah Kak Zie. Kami berusrah di petang Jumaat. Layanan mesra Abang Ariff dan Kak Zie menyebabkan mereka berdua senang didekati. MasyaAllah, pengalaman mereka sangat sangat berharga buat Mommy dan Abah. Bermula dari cari team, sehinggalah kepada perkhidmatan dan ubat ubatan. Ilmu yang tiada dalam mana mana buku. 

Seminggu selepas pertemuan pertama, Mommy dan Abah ke klinik Abang Ariff dan Kak Zie. Mommy sudah bersedia menyelami selok belok sistem klinik. Banyak aspek yang perlu Mommy pelajari. Antaranya adalah pengurusan syarikat, ubat ubatan dan system pendaftaran pesakit. Fuhhh, berpeluh jugak Mommy untuk hadam. 


Antara fail yang wajib ada di klinik

Terima kasih buat Abang Ariff dan Kak Zie yang sudi meluangkan masa walaupun sibuk dengan pesakit yang ramai. Siap jamu Mommy dan Abah dengan milo panas dan kuih raya yang sedap. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

KLINIK SALSABILA (PART 3)

Pemula langkah

KLINIK PILIHAN IBU DAN ANAK